Thursday, September 20, 2018

TENTANG PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK

1. PAKKP adalah pertubuhan dan bukan perniagaan atau badan perniagaan. Maka ia tidak diurus sebagaimana perniagaan diurus.
2. Pertubuhan ini menjalankan kerja-kerja amal mengikut undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa.
Dengan kata lain, kalau nak buat undang-undang dan aturan-aturan sendiri, boleh lah buat persatuan atau pertubuhan lain sendiri.
3. Pertubuhan ini digerakkan oleh Jawatankuasa, kakitangan, wakil, sukarelawan dan peserta-peserta program.
4. Setiap penggerak ini tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan.
5. Lantikan jawatankuasa adalah melalui Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan setiap 2 tahun sekali.
6. Lantikan kakitangan dibuat oleh jawatankuasa melalui temuduga terbuka atau tertutup.
7. Lantikan wakil dibuat oleh jawatankuasa dan tertakluk kepada terma dan syarat. Keputusan jawatankuasa dalam hal ini adalah mengikut keperluan dari masa ke semasa walaupun garis panduan telah ditetapkan. Dan dalam hal ini, setiap masa, undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan adalah terpakai.
8. Lantikan sukarelawan juga adalah sama dengan lantikan wakil dengan aturan-aturannya tersendiri.
9. Semua yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menyertai program-program pertubuhan dengan mematuhi aturan-aturan setiap program yang sedia ada.
10. Setiap aktiviti adalah tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa. Tidak ada kecuali.
11. Semua mengenai PAKKP ini ada ditulis di sini.
Blogspot
Daily Life As A Muslim

Wednesday, September 19, 2018

SKRIP KOTA RAYA





Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat semua....

13 Ogos 2018 berkesempatan untuk berada di Kota Raya yang menjadi tumpuan umat manusia di Malaysia iaitu Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Sudah sekian lama saya tidak ke sini, jika tiada urusan sememangnya saya kurang selesa berada di lokasi yang penuh dengan manusia.

Perkara besar yang saya lihat apabila berada di kotaraya ini adalah DUIT itu suatu perkara yang sangat utama, tanpa DUIT kalian tidak akan boleh membuat apa-apa aktiviti. Ianya bagi pemahaman kebanyakan orang.

Berbeza mereka yang ada di desa, banyak perkara yang mampu diperoleh secara percuma. Pegangan orang desa DUIT bukan keutamaan tetapi matlamat kehidupan masyarakat itu lebih utama.

Perkara utama yang harus semua fahami adalah berapakah kecukupan masing-masing, dalam banyak hal kita sering tergelincir dengan kemahuan dan kehendak. Adakala ianya nampak serupa namun tetap berbeza.

Didiklah AKAL, HATI dan NAFSU untuk sama-sama keluar dari papan catur, mentadbir diri sendiri dengan mutlak tidak lagi didorong oleh unsur luar mahupun dalaman yang kita semua tidak ketahui hujung pangkalnya.

Bagaimanakan kaedah yang sebaiknya untuk kita uruskan diri kita?

1. Terima keberadaan diri kita ini siapa
2. Tulis keperluan dalam kehidupan
3. Penuhi keperluan sahaja lupakan yang lain untuk sementara waktu
4. Apabila kecukupan sudah diperoleh dan kita sudah boleh urus yang sedikit insyaallah kita akan diberi amanah mentadbir perkara yang lebih besar

Allahua'lam

ZZ Bangsa Musafir

Tuesday, August 7, 2018

TIPS MENGENALPASTI RISIKO DALAM KEHIDUPAN


Image may contain: one or more people, people standing, golf, tree, outdoor and nature


Setiap manusia yang di lahirkan ke dunia ini akan menghadapi pelbagai ujian dan halangan... bagaimana untuk kita kenal pasti risiko yang perlu untuk kita hadapi.


Saya kongsikan 4 aras manusia untuk berjaya dengan memberi satu analogi permainan GOLF.

1. Jika kita tiada ilmu dan kita mencuba untuk memukul bola masuk ke lubangnya, 10% sahaja peluang untuk masuk ke lubang.

Begitu juga dalam kehidupan, jika kita tiada pengetahuan dalam perkara yang mahu kita laksanakan, peratus untuk mencapai matlamat pekerjaan kita itu sangatlah nipis

2. Jika ada sedikit ilmu tentang bagaimana mahu memukul bola golf peluang untuk masuk itu adalah 50%.

Begitu juga dalam kehidupan jika kita sudah ada ilmu, risiko untuk gagal dalam perkara yang kita lakukan itu akan menjadi 50/50. mungkin berjaya mungkin tidak.

3. Jika kita sudah ada ilmu dan pengetahuan tentang bagaimana mahu memukul bola golf. kita sudah mula menjalankan latihan maka peluang untuk masukkan bola ke dalam lubang adalah 70%.

Begitu juga dalam kehidupan, ilmu sudah ada dan kita akan mula praktis ilmu yang kita peroleh maka kebarangkalian untuk masuk lubang akan menjadi lebih tinggi.

4. Jika kita sudah menjadi pakar untuk memukul bola golf, banyak pertandingan kita sertai dan kita juga sudah memenangi banyak piala dalam permainan ini maka kebarangkalian untuk masuk ke dalam lubang adalah 90%.

Begitu juga dalam kehidupan, bila kita sudah sebati dengan sesuatu perkara kebarangkalian untuk kita berjaya melakukan pekerjaan yang kita sudah ulang beribu kali pastinya hampir pasti untuk berjaya.
.
.
.
Bolehkah kita pasti 100% kita akan berjaya???

serahkan selebihnya pada ilahi, kita merancang Allah juga merancang...

DIA PENENTU SEGALANYA

BOLEH???

TENTANG PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK

1. PAKKP adalah pertubuhan dan bukan perniagaan atau badan perniagaan. Maka ia tidak diurus sebagaimana perniagaan diurus. 2. Pertubuhan ...