Wednesday, September 19, 2018

SKRIP KOTA RAYA





Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat semua....

13 Ogos 2018 berkesempatan untuk berada di Kota Raya yang menjadi tumpuan umat manusia di Malaysia iaitu Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Sudah sekian lama saya tidak ke sini, jika tiada urusan sememangnya saya kurang selesa berada di lokasi yang penuh dengan manusia.

Perkara besar yang saya lihat apabila berada di kotaraya ini adalah DUIT itu suatu perkara yang sangat utama, tanpa DUIT kalian tidak akan boleh membuat apa-apa aktiviti. Ianya bagi pemahaman kebanyakan orang.

Berbeza mereka yang ada di desa, banyak perkara yang mampu diperoleh secara percuma. Pegangan orang desa DUIT bukan keutamaan tetapi matlamat kehidupan masyarakat itu lebih utama.

Perkara utama yang harus semua fahami adalah berapakah kecukupan masing-masing, dalam banyak hal kita sering tergelincir dengan kemahuan dan kehendak. Adakala ianya nampak serupa namun tetap berbeza.

Didiklah AKAL, HATI dan NAFSU untuk sama-sama keluar dari papan catur, mentadbir diri sendiri dengan mutlak tidak lagi didorong oleh unsur luar mahupun dalaman yang kita semua tidak ketahui hujung pangkalnya.

Bagaimanakan kaedah yang sebaiknya untuk kita uruskan diri kita?

1. Terima keberadaan diri kita ini siapa
2. Tulis keperluan dalam kehidupan
3. Penuhi keperluan sahaja lupakan yang lain untuk sementara waktu
4. Apabila kecukupan sudah diperoleh dan kita sudah boleh urus yang sedikit insyaallah kita akan diberi amanah mentadbir perkara yang lebih besar

Allahua'lam

ZZ Bangsa Musafir

No comments:

Post a Comment

TENTANG PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK

1. PAKKP adalah pertubuhan dan bukan perniagaan atau badan perniagaan. Maka ia tidak diurus sebagaimana perniagaan diurus. 2. Pertubuhan ...